Baru baru ini dalam perjalanan dari Beruas ke Taiping, aku teringat akan ada satu air terjun yang menurut rakanku sangat sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Tetapi tempatnya aku tidak tahu di mana. Jadi aku bertanya kepada seorang penduduk yang aku temui di jalanan. Belaiu memaklumkan bahawa tempatnya lebih kurang 2km dari situ. Apabila aku sampai, rupa rupanya nama kampung tersebut ialah Kg Air Terjun. Bukannya air terjun yang boleh dibuat mandi manda, cuma nama sebuah kampung sahaja.Thursday, August 6, 2009
48.Air Terjun
Baru baru ini dalam perjalanan dari Beruas ke Taiping, aku teringat akan ada satu air terjun yang menurut rakanku sangat sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Tetapi tempatnya aku tidak tahu di mana. Jadi aku bertanya kepada seorang penduduk yang aku temui di jalanan. Belaiu memaklumkan bahawa tempatnya lebih kurang 2km dari situ. Apabila aku sampai, rupa rupanya nama kampung tersebut ialah Kg Air Terjun. Bukannya air terjun yang boleh dibuat mandi manda, cuma nama sebuah kampung sahaja.Wednesday, July 15, 2009
47.Tertangguh
Semenjak kebelakangan ini, aku begitu sibuk sekali dengar bertukarnya status aku sebagai pelajar separuh masa di U*M. Hasrat untuk berjalan jalan makan angin ke Sabah pun terbantut dek kerana semasa tarikh perjalanan, aku perlu menghadiri kelas.
Tetapi aku sedikit terangsang apabila melihat " quote " yang terpampang di sekolah Yaya seperti di atas. Apa apa pun, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Thursday, June 4, 2009
46. Pos Malaysia.
Semalam, berurusan di Pos Malaysia Sg Siput. Jika sebelum ini, aku amat bosan berurusan di Pos Malaysia dek kerana waktu menunggu yang begitu lama terpaksa dibuang dan kondisi persekitaran yang tidak mesra pelanggan. Namun, perubahan ketara telah dilakukan oleh mereka dengan memperkenalkan sistem nombor giliran dan kerusi duduk untuk pelanggan telah merobah keinginan untuk aku berurusan di sana.Saturday, May 30, 2009
45. KFC.
Yaya sudah mendapat keputusan peperiksaan semester 1 semalam. Beliau berkeinginan mengajak kami belanja dia makan. Seperti selalu, aku bertanya ke mana? Jawabnya, KFC. Eh, bukankah KFC itu Yahudi? Kataku, dia menjawab KFC tu tak Yahudi, yang Yahudi ialah Mc D babah. Aku kata semuanya sama sahaja dan penerangan tentang makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat begitu panjang sekali kepadanya. Kebetulan pula, sebelum ini cikgunya menyuruh beliau menyediakan folio berkaitan makanan tu. Alhamdulillah, berjaya pujukanku. Tapi tengoklah apa yang di pesan beliau. Cuma air kosong saja bila kami ke kedai lain. Kasihan.
Monday, May 25, 2009
44. Hobi Baru.

Semenjak kebelakangan ini, setiap kali aku mengisi petrol, Yaya pun mahu turun sama. Pada mulanya aku ingatkan dia ingin tolong mengepam petrol dan aku melarangnya. Tetapi terus dituju di tempat takungan untuk menyimpan pengelap cermin. Katanya, ada. Terus dia mengambil alat mengelap cermin dan dilapnya. Seronok katanya.
Teringat kembali masa remaja dulu, aku pun suka sangat bila ada pam atendan mengelap cermin tu. Tengok alat tu ke sana kemari dicermin dari dalam kereta. Tapi itu dulu, sekarang semuanya kena dilakukan sendiri. Kata Yaya, dia merasa seronok bila dalam kereta, cermin yang bersih. Mungkin perli kut, aku memang malassss nak basuh kereta. Mula beli saja yang rajin, bila dah lama...aduh.
Saturday, May 23, 2009
43.Mentimun
Kalau namanya mentimun, sentiasanyalah kena lenyek dengan benda yang lagi keras. Begitulah resam hidup di dunia. Walau di dalam mana mana suasanapun, iaitu pekerjaan, pemerintahan, keluarga hatta kejiranan. Jika kita adalah manusia yang ' biasa biasa ', apa jua yang kita lakukan akan sentiasa diperlekehkan oleh orang lain. Walau sebenar tindakan yang kita buat itu betul dan menjurus kepada perlakuan yang sebenar. Mereka yang berada di atas kita akan sentiasa memijak kita. Hanya hukum Allah saja yang betul. Mudahan orang yang " mentimun " akan dilimpahi rahmat Allah di akhirat nanti.
Sunday, May 17, 2009
42. Gondol.
Sebagaimana gondol hutan yang ditebang untuk tujuan pembalakan sepanjang Jalan Senggang, Parit menuju ke Sayong, Kuala Kangsar diatas, sebegitulah gondolnya pemikiran aku perihal kemelut politik di P****. Marah....kata Hamka, sebagai pelindung diri seseorang. Tidak marah, seumpama batu yang tidak bernyawa. Tetapi marah perlu dibilas dengan air sembahyang, penawar untuk menyejuk hati.
Saturday, May 16, 2009
41. Guru
Selamat Hari Guru. Tanpa guru, kita tidak akan ke mana mana. Tiada ilmu yang boleh digarap sendiri tanpa ada guru yang mengajarnya.Terima kasih kepada Cikgu Asmat ( SK Ayer Lanas ) yang mengajarku membaca, Cikgu Yusof ( SK Ayer Lanas ) yang mengajarku mengenali Bahasa Inggeris, Ustaz Adnan ( SK Ayer Lanas ) yang mengajarku mengenali hakikat untuk mengingati Allah, Ustaz Harun ( SK Ayer Lanas ) yang mengajarku mengenali huruf jawi ( walaupun sehingga hari ini aku masih tidak dapat mengeja perkataan " terowong " dalam Jawi ), Cikgu Ibrahim Tomong ( SMK Kamil ) yang membuatkan aku sedikit minat kepada mata pelajaran Sains, Cikgu Azizah ( SMK Kamil ) yang selalu menyuruh aku melukis peta masa pelajaran Geografi, Cikgu Madihah ( SM Teknik Terengganu ) yang selalu menyebut nama aku sebagai contoh kepada pelajar lain dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan semua guru guru lain sepanjang aku menjadi pelajar di SK Ayer Lanas, SMK Kamil dan SM Teknik Terengganu kerana anda semua sanggup menjadi lilin untuk menerangi orang lain.
Begitu juga dengan pensyarah di UTM KL, Uitm Kelantan, Uitm Dungun dan Uitm Shah Alam. Semoga Allah membalas jasa jasa anda di dunia dan akhirat.
Tak ketinggalan untuk Mak dan Chek yang telah menjadi guru dengan memberi panduan tentang kehidupan sejak kecil hingga sekarang. Syabas.
Monday, May 11, 2009
40. Boss Baru
Hari ini, aku menerima boss baru di pejabat. Aku akan ingat sampai bila bila selagi aku di pejabat ini akan kata katanya. " Saya tidak suka staf saya ber"boss" dengan saya kerana anda semua bukan kuli untuk mengangkat saya. Saya adalah sama seperti anda kerana kita semua bekerja untuk organisasi ini.
Aku tabik.
Aku tabik.
Friday, May 8, 2009
39. Masuk U.
Sekarang, musim anak anak lepasan SPM menerima tawaran bagi melanjutkan pelajaran seterusnya. Teringat masa aku dulu pada tahun 1985, dimana aku menerima tawaran belajar di UTM dalam bidang pengajian Kejuruteraan Awam.
Aku cuma mengikut kengkawan yang lain memilih bidang tersebut walau sebenarnya aku tahu aku tidak meminati mata pelajaran Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Dan akhirnya, aku gagal di semester ketiga pengajian. Jadi, anak anak semua, pilihlah bidang yang kita mampu terokai dan ikut kata hati sendiri dalam mencari ilmu. Jangan jadi macam aku.
Waktu pendaftaran masuk ke UTM, aku menaiki bas berseorangan ke KL. Tiada emak dan bapa yang hantar.Nasib baik masa tu ada saudara jauh jauh yang berada di sana. Di rumah dialah aku menumpang sebelum mendaftar. Dan seingat aku, pada masa tu, semua bas dari Pantai Timur menggunakan Medan Tuanku sebagai terminal di KL. Jenuh juga, jadi rusa masuk kampung.
Aku ditempatkan di Kolej Kedua UTM di Kg Baru. Letih juga naik bas turun bas ke kampus. Jika kelas sampai jam 5, kami cuma boleh lepak saja di kawasan kampus. Masa tu, aku dapat biasiswa JPA sebanyak RM1500 satu semester. Dan ramai geng lain yang beli motor. Aku tak beli pun. Duit habis gitu saja. Merasalah sekejap dapat biasiswa.
Aku cuma mengikut kengkawan yang lain memilih bidang tersebut walau sebenarnya aku tahu aku tidak meminati mata pelajaran Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Dan akhirnya, aku gagal di semester ketiga pengajian. Jadi, anak anak semua, pilihlah bidang yang kita mampu terokai dan ikut kata hati sendiri dalam mencari ilmu. Jangan jadi macam aku.
Waktu pendaftaran masuk ke UTM, aku menaiki bas berseorangan ke KL. Tiada emak dan bapa yang hantar.Nasib baik masa tu ada saudara jauh jauh yang berada di sana. Di rumah dialah aku menumpang sebelum mendaftar. Dan seingat aku, pada masa tu, semua bas dari Pantai Timur menggunakan Medan Tuanku sebagai terminal di KL. Jenuh juga, jadi rusa masuk kampung.
Aku ditempatkan di Kolej Kedua UTM di Kg Baru. Letih juga naik bas turun bas ke kampus. Jika kelas sampai jam 5, kami cuma boleh lepak saja di kawasan kampus. Masa tu, aku dapat biasiswa JPA sebanyak RM1500 satu semester. Dan ramai geng lain yang beli motor. Aku tak beli pun. Duit habis gitu saja. Merasalah sekejap dapat biasiswa.
Sunday, May 3, 2009
Tuesday, April 28, 2009
37. Hari Lahir.
Balik dari kerja, Yaya sibuk menyuruh aku ke dapur. Katanya ada "surprise". Rupa rupanya dia menyiapkan kad ucapan sempena hari lahir aku. Oh..terima kasih, ada insan lain yang mengingatkan aku tentang hari lahirku. Malamnya, "Ibu" berkeinginan makan kek di Secret Recipe. Layan.Semoga Allah memanjangkan usiaku demi mencari ibadah yang belum lagi sempurna. Amin.
Monday, April 27, 2009
Saturday, April 25, 2009
35. Emak vs Emak Mertua
Sepanjang minggu lepas, aku bergegas ke Kuala Lumpur. Emak sekali lagi dihantar ke Hospital Ampang kerana mengalami masalah pernafasan. Paru parunya telah dimasuki makanan yang tidak hadam. Rupa rupanya pesakit stroke juga akan menghidapi komplikasi pernafasan akibat makanan pejal.
Seminggu emak dirawat di sana dan terimakasih dan syabas kepada anggota Hospital Ampang yang cekap dan berhemah dalam memberikan rawatan kepada pesakitnya.
Kami adik beradik bergilir gilir menjaga emak, dan syukurlah kerana ramai juga yang prihatin melawat emak walaupun berada jauh dari kampung halaman.
Manakala pada masa yang sama, emak mertuaku juga di masukkan ke Hospital Ampang Puteri kerana mengalami masalah paru paru berair. Kami sekeluarga sempat menjenguk beliau dan "Ibu" juga sempat menjaga emaknya walau pun sekejap.
Alhamdulillah, beliau beransur sembuh setelah doktor mengeluarkan cecair yang berwarna kehitaman dari paru parunya.
Di samping itu juga, Yaya sempat menjengah ke Pamiran Buku di PWTC. Walaupun kesempitan masa, aku turuti juga kemahuannya ke sana demi ilmu.
Dapatlah dia membeli buku buku cerita untuk di senaraikan dalam Projek Nilam sekolahnya.Monday, April 13, 2009
34. Dugaan
Tidak tertanggung
Bila bertanya khabar emak
Sebak, sedih mamagut rasa
Sebolehnya berada di sebelah
Disaat memerlukan
Bukan diminta berjauhan
Pelbagai cubaan dibuat
Permohonan bertukar sentiasa di pohon
Allah belum membuka jalan
Atau ujian pada hamba
Bila bertanya khabar emak
Sebak, sedih mamagut rasa
Sebolehnya berada di sebelah
Disaat memerlukan
Bukan diminta berjauhan
Pelbagai cubaan dibuat
Permohonan bertukar sentiasa di pohon
Allah belum membuka jalan
Atau ujian pada hamba
Subscribe to:
Posts (Atom)



