Friday, February 27, 2009

22. Hari Sukan Sek Keb Seri Bayu


Hari Sukan Sek Wawasan Seri Manjung kali ketujuh di adakan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Yaya berada dalam pasukan Merah.


Gerai jualan yang dianjurkan oleh PIBG. Tapi sayang , aku rasa tidak kena tempat di mana gerai dibuka terlalu hampir dengan balapan. Ianya sedikit sebanyak mengganggu kelancaran majlis. Sesak. Di harap pada masa akan datang akan diambil perhatian oleh guru guru terlibat.


Yaya mengambil bahagian dalam acara menarik bola dengan gelung. Dapat tempat ketiga. Bersemangat walaupun demam. Aku selalu pesan padanya untuk sentiasa kehadapan bila ada apa apa acara di sekolah, biar berani bersuara.

Yaya bersama rakan rakan semasa dalam perbarisan. Alhamdulillah, berjaya dia menyesuaikan diri di khalayak. Belajar menjadi berani dan yakin pada diri sendiri.

Friday, February 20, 2009

21. Tercabar.

Semenjak kemelut Perak, setiap panggilan telefon yang aku terima daripada kawan kawan di luar menanyakan senario yang sama. Payah juga sebenarnya nak menjawab. Sebenarnya sebelum ini puak HIJAU DAN SEKUTUNYA tidak pun pernah memerintah negeri ini. Pada seorang insan seperti aku, apalah salahnya puak BIRU menunggu sehingga PRU 13 untuk mendapatkan kembali pemerintahannya. Tumpukan kepada hasrat untuk memenangi hati rakyat. Itu sepatutnya yang menjadi agenda, bukannya menguatkan lagi kebencian rakyat. Inilah pandangan aku. Tercabar juga rasanya untuk menjawab persoalan dari kawan kawan.

Sunday, February 15, 2009

20. Semangat yang hilang.

Lama sudah tidak mengupdate blog. Di sepanjang minggu lepas, teramatlah penat bila pulang dari tugasan. Tambahan pula pada malamnya aku kena mentelaah sambil menurunkan ilmu pada Yaya. Semenjak berada di tahun dua ini, pada setiap malam Yaya ada mempunyai kerja rumah. Terpaksalah aku menunggunya membuat kerja rumah sambil menerangkan serba sedikit ilmu yang aku ada kepadanya. Yang aku perasan, kerja rumah yang setiap hari dibawa balik ialah bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Merasalah aku jadi guru sekejap dan aku percaya ilmu yang aku turunkan ialah ilmu yang terbaik untuknya. Apa yang aku turunkan ialah tatacara yang aku dapat tangkap apa yang cikgu cikgu aku dulu ajar dan boleh difahami oleh aku. Kadang kadang terkedu juga aku bilamana ( + ) aku cakap "plus", tetapi cikgu Yaya ajar "add", bila aku terangkan bahawa maksudnya adalah sama, barulah Yaya faham. Mungkin istilah saja berbeza... Insya Allah.


Di pejabat, sibuk sungguh sepanjang minggu lepas, sasaran bulanan " zero default " perlu dicapai. Kes mahkamah perlu dihadiri, mana satu nak di tuju aku pun tak pasti. Berkejarlah aku ke sana ke mari sebelum 15hb itu ke sebahagian negeri Perak ini. Alhamdulillah, tercapai juga akhirnya.

Sunday, February 8, 2009

19. Benarkah ?


Pada 5.2.2009, aku bertugas rasmi ke sebahagian daerah di negeri Perak ini. Sepanjang perjalanan sejauh 275km pergi balik, banyak sungguh perjalananku bertembung dengan kenderaan rasmi polis. Oh rupanya, sejarah terbentuk pada hari ini bagi politik negeri Perak.


Alhamdulillah, tugasanku akhirnya selesai walaupun kebanyakan premis yang aku lawati merupakan premis yang cukup meloyakan untuk aku memasukinya seperti restoran diatas.
Manakala ini pula merupakan premis yang menempatkan seorang petugas yang kurasa cukup berusia umurnya, seorang perempuan Tionghua yang agak sombong bila berurusan denganku.


Walaubagaimanapun, di premis ini aku menjumpai peralatan antik iaitu sebuah " cash register " yang usianya menjangkau lebih dari 50 tahun. Kelihatannya sungguh menarik perhatianku kerana ia masih lagi berfungsi.


Dan sesungguhnya sepanjang perjalanan dan pertemuan dengan penduduk Perak, mereka menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku dengan senario politik semasa Perak.....dan benarkah rakyat marah dengan MB ( hijau ) atas keengganan beliau untuk meletak jawatan? Jawapannya dari 24 orang yang kutemui pada hari ini....mereka bukan marah pada HIJAU tapi pada BIRU.

Wednesday, February 4, 2009

18. Haru Biru...


Semalam, sempena pemerintahan ke 25 Sultan Perak, seluruh negeri Perak bercuti dan berkebetulan pula dengan kemelut politik yang haru biru di sini, aku mengambil peluang berehat sepuas puasnya dan membawa Yaya bermain mainan di Giant, Seri Manjung. Aku sendiri pun tak faham ada pemimpin yang boleh mempermainkan amanat yang telah diberikan oleh rakyat dengan sewenang wenangnya ...dengan alasan parti asal tidak boleh menerima beliau. Rasanya ilmu dan pegangan perlu ada dalam jiwa kalau kita mahu jadi pemimpin..baliklah kepada fitrah hidup manusia. Kelongsong jiwa perlu diisi dengan takwa dan iman. Kenyataan aku ini adalah kenyataan neutral...aku tidak menyebelahi mana mana pihak pun. Tapi pengisian jiwa adalah elemen terpenting untuk menjadi pemimpin. Lihatlah dengan mata hati bukannya hati mata.


Bosan dengan karenah politik...aku mendaki Gunung Busu lagi hari ini dan mencatat sejarah apabila pendakianku kali ini sampai ke maksima 800 kaki ketinggian walaupun aku terpaksa mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai. Rasa kepuasan timbul dan aku akan mencuba lagi sampai ke kemuncak 1000 kaki di lain kali kerana jam sudah menunjukkan waktu 6.45 petang. Gelap sungguh dalam hutan ni walaupun di luar sana langit masih lagi cerah.

Sunday, February 1, 2009

17. Selamat Hari Wilayah.

Hari ini Kuala Lumpur menyambut hari penubuhannya yang ke 35. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur ialah pada tahun 1977 semasa berusia 10 tahun. Masih dapat aku rasakan perjalanan yang sungguh panjang dari Kelantan ke KL waktu itu. Bertolak dari Ayer Lanas jam 10.00 pagi dan tiba di KL jam 4.00 pagi, maknanya mengambil masa selama 18 jam. Tempat berhenti pada waktu itu ialah di Kuala Terengganu dan Temerloh. Semuanya masih lagi bermain di fikiranku kini kerana peristiwa ini ialah peristiwa pertama kali. Pada masa itu, kami pergi melawat ke Tugu Negara, siap ada gambar lagi...Chow Kit Road dan yang masih ku ingat ialah Pusat Membeli Belah Ampang Park. Aku rasa sungguh teruja pada waktu itu, maklumlah orang darat masuk bandar. Lampu lampu juga menjadi tarikan aku pada waktu itu, berwarna warni... Dan dari situlah aku bertekad untuk belajar sehingga menjadi pandai dan masuk U di KL.

Sesungguhnya KL banyak menyuntik semangat aku untuk menjadi orang berjaya......