Sunday, September 19, 2010

69. SYABAS

Apa yang diperolehi dari SYABAS....bulan ni tak payah bayar bil air. Ni dikira sebagai duit raya darinya. Walau tak banyak...ada.

Thursday, September 16, 2010

68. Aidil Fitri 2010

Tahun ni, beraya di Ampang. Paginya bersembahyang raya di Masjid Lembah Jaya Selatan, penuh dengan manusia tetapi pada firasat aku, 60 peratus darinya bukan warga negara Malaysia. Begitulah selalunya beraya di sini.
Petangnya, tak tahu ke mana nak dituju kerana semua saudara mara pulang ke kampung. Aku mengajak budak budak ke tugu negara. Sebenarnya sudah lama mahu menjenguk ke sini tetapi bila difikir tiada faedahnya, aku pun tangguhkan hasrat. Lagi pun, pernah terima email yang mengatakan pembinaannya salah dengan ajaran Islam. Ya lah, melawat patung...tak ada faedahnya. Tetapi aku cuma menerangkan kepada budak budak itu jasa mereka mereka yang berjuang mempertahankan negara. Ambil yang positif sahaja.

67. Sehari sebelum Aidil Fitri

Khamis, sebelum raya aku masih lagi bertugas. Dalam perjalanan pulang aku mengambil kesempatan melalui Jalan Chow Kit ke Ampang. Trafik sesak di sepanjang jalan TAR dan aku melencong ke Kg Baru.
Usai solat di Masjid Kg Baru, aku meninjau ke tempat penginapanku masa mula mula berhijrah ke KL pada tahun 1993 yang lalu. Tapak rumah sewaku di Jalan Daud sudah tiada seperti gambar di atas. Rupa rupanya sudah lama aku tidak melalui jalan tersebut. Semuanya tinggal kenangan.
Selepas itu, aku mengambil kesepatan untuk mencuci kereta di Jalan Ampang, penuh dengan pelanggan dan giliranku siap sebelum azan Maghrib berkumandang. Sempatlah berbuka di rumah mertua.

Sunday, September 5, 2010

66.Cuti@Ramadhan

Sempena cuti Nuzul Al Quran dan Hari Kebangsaan, kami sekeluarga merancang untuk balik ke kampung menggunakan pengangkutan awam.Perjalanan dimulakan di stesyen keretapi Kuang ke KL Central. Cadangnya mahu berbuka puasa di KL Central, tetapi tersangkut di Kuang, berbukalah ala kadar di sana.
Bertolak dari KL jam 8.30 malam dan berhenti sekejap di Gemas. Gambar di atas adalah di Gemas, sempat membeli makanan bersahur.
Ramai juga remaja bangsa lain yang turun di Stesyen Dabong, siap dengan peralatan camping. Mungkin untuk mendaki Gunung Stong.
Semasa di kampung, sempat melawat dan bersolat di Masjid Rantau Panjang yang bersenibinakan Cina.
Mimbar masjid.

Dan inilah antara juadah yang sempat dirasa ketika berbuka bersama ayah dan ibu. Ringkas tetapi sedap.
Kuih akok yang sedap dibeli di Bukit Lakota. Pergi beli jam 11.00 pagi, dah ramai orang beratur. Dasyat juga, mengalahkan KFC peminatnya.
Dan, percutian berakhir dengan perjalanan pulang menggunakan bas ini ke KL dan dikesempatan ini aku ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan bathin.