Monday, November 7, 2011

87. Latihan

Sempena musim penghujung persekolahan, Yaya memasuki pertandingan nasyid di sekolahnya. Dia sebagai pemimpin kumpulan nasyid menjadikan rumah kami sebagai gelanggang mereka berlatih. Sebagai dorongan, aku biarkan mereka semua datang untuk berlatih.
Yang lelaki juga tidak ketinggalan, lagu yang mereka bawa aku pun tak pernah dengar. Tolong tengok sahaja dan komen mana mana yang patut.

Saturday, November 5, 2011

86. Puasa Sunat Hari Arafah.

Selamat berpuasa sunat Hari Arafah kepada semua, hanya kerana Allah..

Friday, November 4, 2011

85. Aidil Adha Yang Kesunyian.

Petang tadi, dalam perjalanan pulang dari pejabat, kenderaan berpusu pusu keluar dari Shah Alam. Mungkin semuanya mahu cepat sampai kerumah atau mahu pulang ke kampung. Pada tahun ini, kami beraya di Ampang sahaja dan yang pastinya, tak ke mana mana pun pada Idil Adha ini. Mungkinkah kesunyian bakal melanda. Wallah huallam. Bersama keluarga mungkin dapat meminimumkan kebosanan.  

Thursday, November 3, 2011

84. Kemas rumah.

 Program membersihkan rumah pada beberapa bulan yang lepas. Sebelum gambar ni ter"delete", ceritanya lebih kurang saja. Ianya dapat menjadi ibadah kepada mereka yang menyertainya. Buang yang keruh , ambil yang jernih. 

Tuesday, November 1, 2011

Sukan pula.

Tahun tahun sebelum ini, sukan tahunan sekolah kebiasaannya diadakan pada awal tahun. Tetapi pada tahun ini, ianya diadakan pada akhir tahun. Bagi memberi sokongan moral kepada Yaya yang memasuki acara 4 x 200 meter, pagi pagi lagi aku berkunjung ke padang sekolah.

Sebagai pelari ketiga,beliau membawa peranan yang agak baik walaupun akhirnya pasukan beliau menduduki tempat terakhir. Tahniah diucapkan kerana berani mencuba walaupun aku tak yakin beliau boleh berlari dengan pantas. Cuba lagi pada tahun akan datang.