Monday, January 9, 2012

92, Antara Bumi dan Langit.

Semasa cuti panjang baru baru ini juga, kami sempat meluangkan masa ke Perpustakaan awam Jeli. Terlalu banyak perbezaan jika di bandingkan dengan Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam. Bangunannya sempurna, cuma tidak terjaga,nampak naif dan tidak terurus. Sepatutnya, bangunan khazanah ilmu ini dijaga dengan elok dan boleh menarik minat ramai untuk membaca. 
Keadaan di dalamnya juga kosong, tidak berpengunjung. Sepatutnya penuh dengan kanak kanak di ruangan untuk kanak kanak ini. Sesuatu perlu dilakukan oleh pengurusan perpustakaan ini untuk menarik orang ramai mengunjunginya.

Saturday, January 7, 2012

91. Hari Bertuah

Semasa di kampung hujung Disember 2011 lepas, kebetulan adanya Hari JPJ di sana dan kesempatan di ambil bagi memperbaharui lesen memandu. Banyak program yang dianjurkan oleh mereka. Dan tidak semena sena kami mengambil bahagian dalam acara sukan rakyat yang di adakan.Dapat pula hadiah, itulah yang dikatakan rezeki yang kita tidak ketahui. Alhamdulillah.