Tuesday, December 20, 2011

90. Tiada Lain Tempat

Seperti kebiasaan sejak dua tahun tinggal di Bandaraya, pada hujung tahun adalah perancangan untuk membeli pakaian sebagai persediaan menyambut hari raya. Jadi, kami bergerak ke Sogo kerana ianya menjadi satu tempat membeli pakaian kanak kanak yang pembeliannya amat berbaloi jika dibandingkan dengan pusat beli belah yang lain.
Pengunjung juga tidak berapa ramai dan kesempatan ini digunakan dengan sebaik mungkin bagi memenuhi cita rasa pembelian biar sepadan dengan wang ringgit yang dikeluarkan.

Tuesday, December 13, 2011

89. Kutub khanah.

Masa zaman sekolah rendah dahulu, tahun 70an perpustakaan dikenali dengan nama kutub khanah. Entah bila ianya bertukar kepada perpustakaan, tidak pula terpahat dalam ingatan. Selang tiada berbuat apa apa sempena cuti umum lepas, kami ke Perpustakaan Tun Uda yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Bangunannya agak besar jika dibandingkan dengan perpustakaan lain.
Ruangan dan dekorasinya amat menenangkan sesuai dengan peranannya. Boleh masuk terus dalam akal fikiran takala menelaah. 
Pertama kali aku jumpa dimana jika pengunjung ingin memasukinya terpaksa membuka kasut. Ada disediakan beg sebagai tempat menyimpan kasut.
Kerusi yang disediakan juga pelbagai termasuk kerusi menyandar yang sungguh empuk dimana pembacaan boleh dilakukan secara santai. Jangan sampai tertidur sudah.

Sunday, December 11, 2011

88. Hidup Cergas dan Sihat.

Sejak kebelakangan ini, tuntutan kerja semakin membebankan. Bagi mengurangkan tekanan, sesekali dan sebolehnya sentiasa berterusan, aku meneruskan aktiviti yang telah sepuluh tahun ditinggalkan dengan bermain badminton. Jika dahulu, satu tong bulutangkis berharga kurang dari RM30, tetapi sekarang harganya sudah melonjak ke angka RM40++. Gambar di atas adalah dewan badminton di Rawang. Syabas, untuk aku sendiri kerana berjaya bermain dua permainan walau pun semput.