Tuesday, December 13, 2011

89. Kutub khanah.

Masa zaman sekolah rendah dahulu, tahun 70an perpustakaan dikenali dengan nama kutub khanah. Entah bila ianya bertukar kepada perpustakaan, tidak pula terpahat dalam ingatan. Selang tiada berbuat apa apa sempena cuti umum lepas, kami ke Perpustakaan Tun Uda yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Bangunannya agak besar jika dibandingkan dengan perpustakaan lain.
Ruangan dan dekorasinya amat menenangkan sesuai dengan peranannya. Boleh masuk terus dalam akal fikiran takala menelaah. 
Pertama kali aku jumpa dimana jika pengunjung ingin memasukinya terpaksa membuka kasut. Ada disediakan beg sebagai tempat menyimpan kasut.
Kerusi yang disediakan juga pelbagai termasuk kerusi menyandar yang sungguh empuk dimana pembacaan boleh dilakukan secara santai. Jangan sampai tertidur sudah.

No comments:

Post a Comment