Tuesday, November 1, 2011

Sukan pula.

Tahun tahun sebelum ini, sukan tahunan sekolah kebiasaannya diadakan pada awal tahun. Tetapi pada tahun ini, ianya diadakan pada akhir tahun. Bagi memberi sokongan moral kepada Yaya yang memasuki acara 4 x 200 meter, pagi pagi lagi aku berkunjung ke padang sekolah.

Sebagai pelari ketiga,beliau membawa peranan yang agak baik walaupun akhirnya pasukan beliau menduduki tempat terakhir. Tahniah diucapkan kerana berani mencuba walaupun aku tak yakin beliau boleh berlari dengan pantas. Cuba lagi pada tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment