Sunday, September 5, 2010

66.Cuti@Ramadhan

Sempena cuti Nuzul Al Quran dan Hari Kebangsaan, kami sekeluarga merancang untuk balik ke kampung menggunakan pengangkutan awam.Perjalanan dimulakan di stesyen keretapi Kuang ke KL Central. Cadangnya mahu berbuka puasa di KL Central, tetapi tersangkut di Kuang, berbukalah ala kadar di sana.
Bertolak dari KL jam 8.30 malam dan berhenti sekejap di Gemas. Gambar di atas adalah di Gemas, sempat membeli makanan bersahur.
Ramai juga remaja bangsa lain yang turun di Stesyen Dabong, siap dengan peralatan camping. Mungkin untuk mendaki Gunung Stong.
Semasa di kampung, sempat melawat dan bersolat di Masjid Rantau Panjang yang bersenibinakan Cina.
Mimbar masjid.

Dan inilah antara juadah yang sempat dirasa ketika berbuka bersama ayah dan ibu. Ringkas tetapi sedap.
Kuih akok yang sedap dibeli di Bukit Lakota. Pergi beli jam 11.00 pagi, dah ramai orang beratur. Dasyat juga, mengalahkan KFC peminatnya.
Dan, percutian berakhir dengan perjalanan pulang menggunakan bas ini ke KL dan dikesempatan ini aku ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan bathin.

3 comments:

  1. salam hari raya.

    saya berkesempatan ke kota bharu semasa puasa lepas dan jalan2 ke rantau panjang. dalam perjalanan ke rantau panjang sekitar 2 petang saya lihat ramai orang baratur di sebelah kanan jalan nak beli akok. barangkali itulah kedainya yang sdr maksudkan.

    terima kasih kerana ziarah blog saya dan meninggalkan jejak.

    ReplyDelete
  2. tq tuan,
    kedai yg ambo maksudkan di daerah jeli.

    ReplyDelete