Sunday, July 4, 2010

62. Jenjalan ke Kuantan.


Hujung minggu lepas, bergerak ke Kuantan menghadiri kenduri kahwin Luis Zaha. Sibuk pula nak kenal Pasar Kuantan kerana terpengaruh dengan rancangan apa entah kat astro tu. Pasal dalam rancangan tu, bila mat salleh jenjalan kat tempat orang, pasar adalah tempat yang wajib mereka singgah.



Best juga pasar kat situ, pasal bersebelahan pasar ramai juga peniaga kuih muih. Teruja juga untuk membelinya pasal lama juga tak menjamah makanan Pantai Timur tu.


Tapi dek kerana tiada menempah awal hotel penginapan, jenuh juga mencari hotel dan akhirnya menginap di Vistana dan gambar di atas adalah pemandangan dari bilik. Tapi yang menghampakan ialah kerana tidak dapat berhubung dengan kengkawan di sana kerana charger telefon tidak dibawa. Tak teringat pula nak membelinya.

3 comments:

  1. salam,

    lama benar menyepi sejak balik ke sekolah ni.

    ReplyDelete
  2. Yalah Cik Li...dok dan nak nulis. apa apa pun tq kerana sudi lagi membacanya.

    ReplyDelete
  3. tq abg mi coz sudi menghadiri kenduri saya... saya betul2 menghargainya.. ;)

    ReplyDelete