Thursday, January 29, 2009

16. Perjalanan ke Shah Alam

Tanggal 25 Jan 2009, aku sekeluarga berangkat ke Shah Alam bagi menghadiri kemduri perkahwinan anak saudaraku di Shah Alam. Kami bertolak lewat sedikit kerana Yaya terpaksa menghadiri kelas Bahasa Inggeris terlebih dahulu pada paginya. Aku menggunakan laluan Manjung - Teluk Intan - Sabak Bernam - Kuala Selangor - Shah Alam. Jimat dari bayar tol...

Hujan di Sungai Besar.

Sepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebatnya dan ini meyebabkan kelajuan kereta terpaksa di perlahankan mengikut had laju yang telah ditetapkan.


Sampai di Sekichan, singgah untuk solat dan makan dari bekal yang telah disediakan oleh Ibu. Licin....sedap masakan Ibu, kata Yaya walaupun lauknya ringkas iaitu ayam masak kicap.

Sempat main air semasa di Sekichan.


Apabila sampai di Pantai Remis, Jeram...Ibu minta rehat sekali lagi, katanya ingin menikmati kerang bakar di tepi pantai. Yaya mengambil kesempatan bermain sekali lagi....



Suasana di Pantai Remis, awan mendung..

Kerang bakar...best terutama pencicahnya, pedas.

Tiba di Shah Alam dalam pukul 5.00 petang....rehat untuk program besoknya. Zzzzz...

2 comments:

  1. Memang sedap pun, kalau gi ke arah Jeram Selangor..tempatnya selepas stesyen minyak Petronas, masuk kiri.

    ReplyDelete