Bagi memenuhi masa petang selepas balik dari pejabat, aku beriadhah bersama kawan kawan seramai 4 orang dengan menjalankan aktiviti merentas hutan Bukit Engku Busu yang terletak berhampiran Balai Polis Lumut. Kami menetapkan aktiviti ini di jalankan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. Bermula pada 5.1.2009 kami memulakan aktiviti ini dari jam 5.30 petang. Trek untuk mendaki telah sedia ada dan ini memudahkan kami untuk meredah bukit tersebut. Bukit ini berada di ketinggian 300m dari paras laut. Tempoh masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak ialah lebih kurang setengah jam. Flora dan fauna di sepanjang perjalanan adalah sungguh menarik sekali kerana bukit ini adalah hutan simpan. Tetapi pada hari pertama kami tidak sampai ke puncak kerana apabila tiba di separuh perjalanan, kami sudah pancit dan peluh membuak buak keluar. Kami bertekad untuk memulakan pendakian pada esok hari.
Bagus la....boleh exercise
ReplyDeleteGambo kete aku pun masuk jugak....hehehe
ReplyDelete