Monday, January 19, 2009

14. Macamana nak mula boikot barangan Yahudi ni?

Terfikir juga untuk mula memboikot daripada membeli barangan keluaran Yahudi dan sekutunya. Fokus aku yang paling utama ialah rokok seperti yang jenama yang aku hisap ( Salem ) yang sahih dan nyata keluaran Yahudi laknatullah. Masya Allah...rupa rupanya selama ini aku melabur dalam syarikat mereka untuk membenamkan bumi Palestine.

Hakikatnya, memang susah untuk aku yang sudah sebati dengan rokok sejak dari 1984 lagi. Tetapi demi Palestine aku nekad untuk menghentikannya. Ya Allah, berikanlan aku kekuatan untuk menolong umat sesama Islam. Permudahkanlah urusanku Ya Allah. Dan anak aku sendiri pun pernah mempersendakan aku kerana menghisap rokok ini kerana dia menyamakan rokok ini dengan dadah. Perkara ini berlaku bilamana adanya iklan tentang dadah, Yaya selalu bertanyakan aku apakah itu dadah? Dan aku terperangkap dengan mengatakan bahawa daadah itu seperti rokok dan terus dia menuding jari ke arah aku kerana menghisap rokok yang sama seperti dadah.
Masalahnya sekarang, dapatkah aku menghentikannya? Aku di kira sebagai perokok tegar kerana bangun sahaja dari tidur, aku amalkan meminum air suam dahulu dan selepas itu terus merokok. Tapi apa apa pun akan aku cuba dan yang penting ialah iman di dada....tepuk dada tanya iman.

2 comments:

  1. molek benar tu abe.
    ambo sokong pah ke suk.

    ReplyDelete
  2. TQ kerana menyokong..kuat sikit semangat...he..he

    ReplyDelete