Thursday, January 22, 2009

15. Riadhah Petang 3.


Semalam, beriadhah lagi ke Bukit Ungku Busu. Memandangkan semua geng lain sibuk, aku berseorangan saja meredah bukit tersebut jam 5.30 petang. Di kaki bukit, dua orang pelajar berketurunan C**a menegur aku bertanya samada aku akan naik bukit atau tidak dan mereka berhasrat untuk mengekori aku dan menyatakan tujuan mereka adalah untuk mencari semut gergasi di hutan tersebut. Mereka adalah pelajar tingkatan enam dan cikgu menugaskan mereka untuk mencari semut tersebut bagi tujuan penyelidikan pelajaran Biologi. Aku bersetuju tambahan pula aku hanya keseorangan pada petang semalam.


Dalam pertengahan perjalanan mereka memaklumkan belum lagi menemui semut tersebut dan memberitahu aku bahawa semut tersebut ada di puncak bukit. Setelah hampir ke puncak, barulah mereka bertemu semut tersebut dan patutlah semut tersebut di panggil semut gergasi kerana saiznya adalah sepuluh kali ganda dengan kerengga.


Setelah itu, mereka terus memberitahu aku untuk terus turun kerana ada kawan mereka sedang menunggu di kaki bukit. Alahai....apa lah kau orang ni, bila dah dapat apa yamg kau orang nak, terus nak tinggalkan aku sorang sorang kat atas bukit ni...Kurang ajar betul ya budak budak sekarang. Tadi asalnya nak mengekori aku, sekarang aku pula terpaksa mengekori engkau...Tak patut betul.

No comments:

Post a Comment