Hari ini Kuala Lumpur menyambut hari penubuhannya yang ke 35. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur ialah pada tahun 1977 semasa berusia 10 tahun. Masih dapat aku rasakan perjalanan yang sungguh panjang dari Kelantan ke KL waktu itu. Bertolak dari Ayer Lanas jam 10.00 pagi dan tiba di KL jam 4.00 pagi, maknanya mengambil masa selama 18 jam. Tempat berhenti pada waktu itu ialah di Kuala Terengganu dan Temerloh. Semuanya masih lagi bermain di fikiranku kini kerana peristiwa ini ialah peristiwa pertama kali. Pada masa itu, kami pergi melawat ke Tugu Negara, siap ada gambar lagi...Chow Kit Road dan yang masih ku ingat ialah Pusat Membeli Belah Ampang Park. Aku rasa sungguh teruja pada waktu itu, maklumlah orang darat masuk bandar. Lampu lampu juga menjadi tarikan aku pada waktu itu, berwarna warni... Dan dari situlah aku bertekad untuk belajar sehingga menjadi pandai dan masuk U di KL.
Sesungguhnya KL banyak menyuntik semangat aku untuk menjadi orang berjaya......
Sesungguhnya KL banyak menyuntik semangat aku untuk menjadi orang berjaya......
No comments:
Post a Comment