Sunday, February 15, 2009

20. Semangat yang hilang.

Lama sudah tidak mengupdate blog. Di sepanjang minggu lepas, teramatlah penat bila pulang dari tugasan. Tambahan pula pada malamnya aku kena mentelaah sambil menurunkan ilmu pada Yaya. Semenjak berada di tahun dua ini, pada setiap malam Yaya ada mempunyai kerja rumah. Terpaksalah aku menunggunya membuat kerja rumah sambil menerangkan serba sedikit ilmu yang aku ada kepadanya. Yang aku perasan, kerja rumah yang setiap hari dibawa balik ialah bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Merasalah aku jadi guru sekejap dan aku percaya ilmu yang aku turunkan ialah ilmu yang terbaik untuknya. Apa yang aku turunkan ialah tatacara yang aku dapat tangkap apa yang cikgu cikgu aku dulu ajar dan boleh difahami oleh aku. Kadang kadang terkedu juga aku bilamana ( + ) aku cakap "plus", tetapi cikgu Yaya ajar "add", bila aku terangkan bahawa maksudnya adalah sama, barulah Yaya faham. Mungkin istilah saja berbeza... Insya Allah.


Di pejabat, sibuk sungguh sepanjang minggu lepas, sasaran bulanan " zero default " perlu dicapai. Kes mahkamah perlu dihadiri, mana satu nak di tuju aku pun tak pasti. Berkejarlah aku ke sana ke mari sebelum 15hb itu ke sebahagian negeri Perak ini. Alhamdulillah, tercapai juga akhirnya.

No comments:

Post a Comment