Semalam, sempena pemerintahan ke 25 Sultan Perak, seluruh negeri Perak bercuti dan berkebetulan pula dengan kemelut politik yang haru biru di sini, aku mengambil peluang berehat sepuas puasnya dan membawa Yaya bermain mainan di Giant, Seri Manjung. Aku sendiri pun tak faham ada pemimpin yang boleh mempermainkan amanat yang telah diberikan oleh rakyat dengan sewenang wenangnya ...dengan alasan parti asal tidak boleh menerima beliau. Rasanya ilmu dan pegangan perlu ada dalam jiwa kalau kita mahu jadi pemimpin..baliklah kepada fitrah hidup manusia. Kelongsong jiwa perlu diisi dengan takwa dan iman. Kenyataan aku ini adalah kenyataan neutral...aku tidak menyebelahi mana mana pihak pun. Tapi pengisian jiwa adalah elemen terpenting untuk menjadi pemimpin. Lihatlah dengan mata hati bukannya hati mata.
Bosan dengan karenah politik...aku mendaki Gunung Busu lagi hari ini dan mencatat sejarah apabila pendakianku kali ini sampai ke maksima 800 kaki ketinggian walaupun aku terpaksa mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai. Rasa kepuasan timbul dan aku akan mencuba lagi sampai ke kemuncak 1000 kaki di lain kali kerana jam sudah menunjukkan waktu 6.45 petang. Gelap sungguh dalam hutan ni walaupun di luar sana langit masih lagi cerah.
semua terjadi apabila wakil rakyat bertukar menjadi wakil musibat.
ReplyDeleteLain kali kena pilih yang betul betul berkiblatkan rakyat....
ReplyDelete