Diberitakan bahawa anggota Pos Malaysia Berhad akan menerima kenaikan gaji pada Julai ini. Serentak dengan itu, harga saham bagi syarikat mereka juga melambung sehari dua ini. Pagi tadi, terserempak dengan serombongan posmen keluar menjalankan tugas bagaikan serombongan ikan di lautan. Harap harap selepas ini, tiadalah kedengaran rungutan surat dijumpai merata tempat lagi. Jalankanlah tugas anda dengan semangat integriti yang tinggi.
Semasa membuat lawatan ke sebuah kilang elektronik di Seksyen 15 Shah Alam aku terpegun dengan disiplin yang cukup tinggi yang telah ditunjukkan oleh mereka sewaktu minum petang.
Selepas mereka selesai minum, mereka mengangkat sendiri cawan dan pinggan untuk diletakkan di tempat basuhan. Alangkah bagusnya kalau semua premis menjual makanan di negara kita mengamalkan prinsip ini. Kemas dan bersih, berkemungkinan harga makanan yang dijual juga dapat dikurangkan.