Minggu lepas, bergegas pulang ke kampung. Balik dengan pengangkutan awam.Tengok mak. Bawa dia ke hospital. Doktor memaklumkan mak kena stroke. Bincang dengan adik beradik lain dan keputusan di ambil untuk menghantar mak ke Kuala Lumpur, tinggal dengan kakakku di sana demi memudahkan penjagaan mak. Syukur, selesai belenggu.
Selesai membeli di Kok Lanas, singgah ke tempat kenduri di depan rumah kakak di Kok Lanas.Yaya kata, kat sini bisinglah kenduri. Ada orang bersilat. Selepas diterangkan bahawa silat itu adalah lambang kita orang Melayu. Baru dia rasa seronok. Makan serba ringkas di sana. Nak cepat.
Kemudian, ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Putera. Ambil kakak dari KL. Asalnya penerbangan sampai jam 2.30 petang. Tapi penerbangan tertunda di sebabkan hujan di Sepang. Sampai jam 5.30 petang. Nasib baik bawa Yaya sekali, tidaklah rasa penat menunggu.
Cuma letih melayan dia keluar masuk kedai di Lapangan Terbang itu. Nasib baik baru dibaiki, kalau yang dulu....meloponglah aku di situ.
Syukur kepada Allah, semuanya dipermudahkan.
Cuma letih melayan dia keluar masuk kedai di Lapangan Terbang itu. Nasib baik baru dibaiki, kalau yang dulu....meloponglah aku di situ.
No comments:
Post a Comment