Monday, March 30, 2009

30. Jatuh

Baru saja menerima berita, bahawa mak terjatuh semasa ingin menunaikan solat subuh semalam. Sememangnya, semasa di kampung baru ni pun aku dah merasakan bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas beliau. Tetapi, kita tidak dapat menolak takdir Allah.

Alhamdulillah, kakakku yang berada di Kok Lanas kebetulan datang pada hari tersebut dan membawa balik ke rumahnya. Lega rasa hati. Sebagai anak lelaki, aku rasa sungguh bersalah dalam hal ini. Apakan daya, jarak memisahkan kita.


Semoga Allah memelihara kedua duanya.

4 comments:

  1. Salam ziarah ...
    walau di mana kita berada , jarak tidak pernah memisah kan hubungan antara ibu dan anak ... Doa seorang anak sentiasa mengiringi mereka ..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ASE1...semoga Allah melindungi ibuku dari sebarang mala petaka. Hanya takdir penentu segalanya.

    ReplyDelete
  3. salam,

    inilah kebimbangan anak2 di perantauan. apalagi oversea.

    ReplyDelete
  4. Cik Li, teringat kisah seorang rakan yang sanggup meninggalkan pekerjaan di KL demi berbakti kpd bonda beliau di kampung. Alhamdulillah, sekarang beliau seorang yang berjaya di kampung. Rezeki dunia yng Allah bagi adalah berlipat kali ganda dari semasa di perantauan.Itulah kebesaran Allah.

    ReplyDelete