Thursday, September 8, 2011

81. Hanya di Rantau Panjang.

 
 Ais krim terbaru yang dijumpai di Pekan Rantau Panjang, Kelantan. Harganya cuma RM2, sedap juga pasal kurang manis. Tempat lain tiada lagi pernah dilihat.


Thursday, July 28, 2011

80. Yang Baru Ku Jumpa

Sabtu lalu, 23 Julai 2011, ke Selesa Hill Resort di Bukit Tinggi, Pahang. Sebelum ini, cuma tengok sahaja dari jauh apabila dalam perjalanan ke Pantai Timur. Pemandangan dari bilik penginapan agak menenangkan. Cuaca amat baik sekali dengan suhu yang nyaman dan segar.



Papan tanda sebelum ke tempat makan, dan ini merupakan papan tanda yang pertama kali dilihat memaparkan arah kiblat di luar bangunan.


Pemandangan dari arah hadapan restoran.


Pemandangan apartment tempat penginapan.






Monday, July 18, 2011

79. Kadang kadang

Kadang kadang rajin, kadang kadang malas, kadang kadang jemu, kadang kadang bosan, kadang kadang gembira, kadang kadang sedih.............semuanya kadang kadang. Kenapa tidak selalu.

Saturday, March 26, 2011

78. Janji

Aku sering ditipu bila ramai orang yang berjanji bla, bla dengan aku. Pada masa sekarang, cukup susah untuk aku menerima apa apa janji hatta dengan orang yang kenal rapat sekalipun. Pada aku, yang paling utama ialah janji Allah.
Walaupun begitu, janji aku kepada diri sendiri akan tetap aku laksanakan. Maka dengan itu, laman depan rumah telah kuhijaukan dengan pandangan seperti di atas. Walaupun 'sepeleot' saja hijaunya, ia adalah untu aku sendiri.

Tuesday, March 22, 2011

77. Peristiwa

Aku masih ingat lagi peristiwa kapal terbang MAS terhempas di Tanjung Kupang Johor pada tahun 1977 ini. Ingatannya masih kekal sehingga ke hari ini kerana peristiwa pengkebumian
jenazah mangsa telah disiarkan secara langsung di televisyen. Sementelah lagi pada waktu itu, peti televisyen baru dibeli oleh bapaku di rumah. Walaupun pada waktu itu, umur aku berusia 10 tahun, tetapi kesan kesedihan masih terasa sehingga kini. Al fatihah untuk mangsa.

Monday, March 21, 2011

76. Putrajaya Air Hot Balloon Festival

Cuti sekolah seminggu tak kemana mana, kebetulan ada pesta belon udara panas. Pagi lagi dah sampai, tetapi terlepas untuk merasa naik belon kerana tiket sudah habis. Tengok pun oklah.
Berbagai bentuk belon yang ada dan disertai oleh peserta dari pelbagai negara.

Akibat terlepas dari naik belon, Yaya di tawarkan naik KMX ni. Katanya, seronok dan tidak melenguhkan.

Sempat lagi hooray hooray.

Selepas tu, cuba memasuki pertandingan mencipta blok bertemakan suasana di pesta belon ini. Inilah hasilnya.

Berjaya mendapat tempat kedua dari sepuluh penyertaan. Hadiah juga berbaloi, RM180. Syukur Alhamdulillah.


Sunday, March 20, 2011

75. Ada lagikah?

Ada lagikah parti itu sekarang nih? Tapi kalau tengokkan bangunan parti ni, rasanya macam sudah tidak dipedulikan. Lebih elok kalau di buat sesuatu kepada bangunan ini.

Saturday, January 8, 2011

74. Hajat 2011

2011, hajat untuk menukar laman depan rumah dari ditumbuhi rumput dengan lanskap yang boleh mendamaikan pemandangan mata aku, walaupun mata orang lain sakit memandangnya tapi tidak untuk mata aku.

Sunday, December 26, 2010

73. Kota Kinabalu@day 2 and 3

Jam 6.00 pagi, bangun supaya tidak terlepas melihat puncak Kinabalu kerana pada jam 7.00 awan akan mula meliputi puncaknya. Sungguh cantik pandangan dan memukau mata.
Jam 7.00 pagi, mentari mula memancar dan amat menakjubkan bila sang mentari memancar cahaya memanah puncak gunung.

Selepas itu, turun ke Pekan Kundasang bagi melihat aktiviti penjual sayur. Agak mahal juga harganya, tetapi segar.

Ayam dijual hidup hidup disini, kena sembelih sendiri. Ayam kampung pun ada di jual.

Singgah ke Pine Kinabalu Resort, landskap yang cantik dan terjaga.

Bunga yang sama tetapi berlainan warna.
Dalam perjalanan turun, berhenti sekejap di pintu masuk ke Kinabalu Park. Sebab nak cepat, berhenti sekejap saja.


Perjalanan ke Kota Kinabalu sebenarnya membawa pertemuan aku dengan sahabat lama yang terputus hubungan sejak 1995. Pada malamnya kerana ingin mencari kedai untuk makan malam, aku cuba mencari Restoran Tiara di sekitar Jalan Pantai Sembulan kerana kenalan yang aku berbual semasa di Kundasang mencadangkan untuk makan di Restoran Tiara. Selepas penat mencari akhirnya berjumpalah restoran ini. Dan sungguh tak di sangka kerana tuan punya restoran ini rupanya sahabat lama aku dan pertemuan ini sungguh bermakna kerana dapat berjumpa semula setelah sekian lama.
Sempat mengambil gambar di bangunan ini.

Dan perjalanan berakhir dengan kapal terbang menjengah tanah Semenanjung.

Saturday, December 25, 2010

72. Kota Kinabalu@hari 1

Setelah lama tertangguh mengunjungi ke Kota Kinabalu sehinggakan pernah dah ' book' tiket tapi tak juga pergi, maka sempena cuti sekolah ini berangkatlah aku ke sana sambil melepaskan tekanan kerja seharian. Check in di hotel Dynasty Tang dan pengalaman ini boleh di kongsi di sini , di mana terdapat lima hotel Dynasty Tang di Sabah. Jadi pada mereka yang bercadang menginap disini, sila semak dahulu alamat yang tepat, kalau tidak haru biru jadinya kerana jarak yang agak jauh antara satu sama lain.
Hari pertama, belum dapat lagi kereta yang nak disewa, kami naik bas saja ke Pasar Filipina yang banyak menjual ikan masin dan hasil dari laut dengan tambang cuma 50 sen saja. Harga yang diletakkan memang tinggi, tetapi jika anda bijak dalam tawar menawar, dapatlah beli dengan harga yang munasabah.

Sempat juga menjenguk ke Pantai Tanjung Aru, tetapi tak ramai pengunjung di sana. Pantainya landai dan sesuai untuk mandi manda.

Melawat ke Muzium Sabah, tetapi masih dalam pengubahsuaian dan kami dapat diskaun tiket masuk sebanyak RM1.

Check out dari Hotel Dynasty Tang Park untuk ke Kundasang dalam jam 1.00 tengahari.

Dalam perjalanan ke Kundasang, singgah di Kg Nabalu, tempat membeli cenderahati dan kraftangan, tetapi ramai sangat anjing berkeliaran dalam kedai dan mematikan hasrat melihat dan membeli.

Check in di Mount Kinabalu Heritage resort dalam jam 4.00 petang dan pengalaman pertama kami semua tersangkut di dalam lif akibat terlebih muatan.

Pemandangan puncak Kinabalu dari bilik hotel, awan menyapu puncak Kinabalu.

Sungguh damai dan tenang pada pandangan mata. Hilang segala tekanan dan keserabutan.

Selepas selesai menjamah makanan di Kundasang, singgah ke Pasar Malam Kundasang.

Ini pada jam 6.00 dan masuk waktu Maghrib. Kabus segala pandangan dan agak sejuk.

Pasar mini di Kundasang dan harganya lebih kurang saja dengan di Semenanjung.












Thursday, December 9, 2010

71. Gunung Stong

Dalam perjalanan balik kampung baru baru ini, aku melalui jalan Gua Musang - Dabong - Jeli. Di pertengahan perjalanan, samapai ke simpang ke Gunung Stong. Sementelah nampak pandangan yang memukau dari jalan raya meninggi air terjunnya, maka singgahlah sekejap kami ke sana. Pandangan di atas adalah kaki air terjun tersebut.
Manakala gambar di bawah merupakan pemandangan dari jalan menuju ke sana. Sungguh indah ciptaan Tuhan.


Sunday, October 10, 2010

70. Patah kaki.

Betul kata orang, apabila kenderaan yang kita gunakan hari hari untuk mencari makan mengalami kerosakan...terasa seperti kaki kita yang patah. Itulah yang dialami sejak dua minggu yang lepas. Kereta yang aku jaga mengalami enjin panas yang melampau tanpa memberi amaran di Lebuhraya Guthrie, nasib baik sempat berhenti di tepi jalan dan bila dibuka enjin, berasap. Aku menghubungi pihak Guthrie line dan mereka mambantu tunda ke bengkel berdekatan dan sehingga hari ini, kereta ini belum pulih sepenuhnya. Sabar sajalah...
.

Sunday, September 19, 2010

69. SYABAS

Apa yang diperolehi dari SYABAS....bulan ni tak payah bayar bil air. Ni dikira sebagai duit raya darinya. Walau tak banyak...ada.

Thursday, September 16, 2010

68. Aidil Fitri 2010

Tahun ni, beraya di Ampang. Paginya bersembahyang raya di Masjid Lembah Jaya Selatan, penuh dengan manusia tetapi pada firasat aku, 60 peratus darinya bukan warga negara Malaysia. Begitulah selalunya beraya di sini.
Petangnya, tak tahu ke mana nak dituju kerana semua saudara mara pulang ke kampung. Aku mengajak budak budak ke tugu negara. Sebenarnya sudah lama mahu menjenguk ke sini tetapi bila difikir tiada faedahnya, aku pun tangguhkan hasrat. Lagi pun, pernah terima email yang mengatakan pembinaannya salah dengan ajaran Islam. Ya lah, melawat patung...tak ada faedahnya. Tetapi aku cuma menerangkan kepada budak budak itu jasa mereka mereka yang berjuang mempertahankan negara. Ambil yang positif sahaja.

67. Sehari sebelum Aidil Fitri

Khamis, sebelum raya aku masih lagi bertugas. Dalam perjalanan pulang aku mengambil kesempatan melalui Jalan Chow Kit ke Ampang. Trafik sesak di sepanjang jalan TAR dan aku melencong ke Kg Baru.
Usai solat di Masjid Kg Baru, aku meninjau ke tempat penginapanku masa mula mula berhijrah ke KL pada tahun 1993 yang lalu. Tapak rumah sewaku di Jalan Daud sudah tiada seperti gambar di atas. Rupa rupanya sudah lama aku tidak melalui jalan tersebut. Semuanya tinggal kenangan.
Selepas itu, aku mengambil kesepatan untuk mencuci kereta di Jalan Ampang, penuh dengan pelanggan dan giliranku siap sebelum azan Maghrib berkumandang. Sempatlah berbuka di rumah mertua.