Sunday, September 5, 2010

66.Cuti@Ramadhan

Sempena cuti Nuzul Al Quran dan Hari Kebangsaan, kami sekeluarga merancang untuk balik ke kampung menggunakan pengangkutan awam.Perjalanan dimulakan di stesyen keretapi Kuang ke KL Central. Cadangnya mahu berbuka puasa di KL Central, tetapi tersangkut di Kuang, berbukalah ala kadar di sana.
Bertolak dari KL jam 8.30 malam dan berhenti sekejap di Gemas. Gambar di atas adalah di Gemas, sempat membeli makanan bersahur.
Ramai juga remaja bangsa lain yang turun di Stesyen Dabong, siap dengan peralatan camping. Mungkin untuk mendaki Gunung Stong.
Semasa di kampung, sempat melawat dan bersolat di Masjid Rantau Panjang yang bersenibinakan Cina.
Mimbar masjid.

Dan inilah antara juadah yang sempat dirasa ketika berbuka bersama ayah dan ibu. Ringkas tetapi sedap.
Kuih akok yang sedap dibeli di Bukit Lakota. Pergi beli jam 11.00 pagi, dah ramai orang beratur. Dasyat juga, mengalahkan KFC peminatnya.
Dan, percutian berakhir dengan perjalanan pulang menggunakan bas ini ke KL dan dikesempatan ini aku ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan bathin.

Friday, August 6, 2010

65. Merehatkan minda.

Penting juga sekali sekala merehatkan minda dengan hiburan ringan bagi meringankan kepala yang kadang kadang berselirat dengan tugasan harian, keluarga, kewangan, hubungan sosial dan rakan rakan yang tidak dapat ditangani dengan baik, aku membawa keluarga menonton teater yang bertajuk Semerah Padi di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur.
Banyak juga pengajaran yang diperolehi dari drama ini seperti hukuman yang berlandaskan syariah untuk golongan penzina dan hukuman ini tidak mengenal sesiapa hatta anak ketua kampung sendiri yang melakukannya, hukumannya tetap sama. Sekurang kurangnya hukuman mestilah adil dan saksama tidak mengira latar keturunan.

Thursday, July 8, 2010

64. KTM

Tengahari tadi, aku ada tugasan rasmi di Ibu Pejabat, Jalan Raja Laut. Aku mengambil keputusan ke sana dengan menggunakan KTM komuter saja bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Selesai membeli tiket, tengok jadual perjalanan ada lagi masa lebih kurang 10 minit. Lalu aku terpandang papan tanda seperti di atas. Rupanya, ada disediakan pengecas telefon bimbit berhampiran kaunter membeli tiket. Dapat jugalah mengecas bateri telefon yang hampir habis. Tahniah kepada KTM, sekurang kurangnya dapatlah menyambung talian hayat bateri tu walaupun sekejap.

Monday, July 5, 2010

63. Sanggupkah?

Sanggupkah anda untuk tinggal dirumah seperti gambar di atas. Pemandangan diambil sempena kunjungan ke rumah anak saudara di A.man Siara, Selayang semalam. Berkunjung ke sana memang mendamaikan kerana suasana bukit yang menyamankan, tetapi memikirkan risiko gelinciran bukit itu memang merisikokan diri dan keluarga. Apa apa pun, didoakan semoga tiada bencana yang menimpa.

Sunday, July 4, 2010

62. Jenjalan ke Kuantan.


Hujung minggu lepas, bergerak ke Kuantan menghadiri kenduri kahwin Luis Zaha. Sibuk pula nak kenal Pasar Kuantan kerana terpengaruh dengan rancangan apa entah kat astro tu. Pasal dalam rancangan tu, bila mat salleh jenjalan kat tempat orang, pasar adalah tempat yang wajib mereka singgah.



Best juga pasar kat situ, pasal bersebelahan pasar ramai juga peniaga kuih muih. Teruja juga untuk membelinya pasal lama juga tak menjamah makanan Pantai Timur tu.


Tapi dek kerana tiada menempah awal hotel penginapan, jenuh juga mencari hotel dan akhirnya menginap di Vistana dan gambar di atas adalah pemandangan dari bilik. Tapi yang menghampakan ialah kerana tidak dapat berhubung dengan kengkawan di sana kerana charger telefon tidak dibawa. Tak teringat pula nak membelinya.

Saturday, July 3, 2010

61. Kenduri Yana dan Rafiq.


Cuti sekolah baru lalu, Yana pula kahwin. Dan seperti biasa, budak kecil ni menjadi penjaga bunga kot, apa entah. Perjalanan ke Bangi hari tu lambat kerana aku sesat di Pekan Kajang. Lama tak pergi ke Kajang, tak jumpa pula jalan ke Bangi. Budak kecil ni dah bising takut terlewat sampai.



Sampai sahaja, pengantin dah mula nak berkompang, budak ni dah bad mood. Tengoklah kelam kabut dibuatnya.


Patutlah, rupanya menjadi ketua penjaga bunga. He he...seronoklah tu agaknya..


Apa apa pun, Selamat Pengantin Baru...buat Yana dan Rafiq. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Amin.

Friday, July 2, 2010

60. Family Day@PD


Dalam perjalanan ke Port Dickson untuk hari keluarga 2010, tersinggah ke Pantai Telok Kemang kerana masih awal lagi untuk check in. Kebetulan masa tu ada Pesta Makanan Negeri Sembilan.



Masa sampai, pengacara mengumumkan acara "Spell it Right". Yaya berminat untuk menyertainya.


Akhirnya, dapat johan. Bijak juga rupanya, sekurang kurang ada ' self confident' untuk beraksi di depan khalayak. Tahniah.


Hari keluarga dimulai dengan permainan untuk anak anak.


Lepas tu, acara mandian di 'water park'. Orang ramai, rasa tak selesa kerana rasa gatal gatal, air dah bercampur.


Dan acara permainan untuk anggota, bolehlah dari asyik duduk duduk saja. Enjoy.

Thursday, April 8, 2010

58. Rezeki.

Diberitakan bahawa anggota Pos Malaysia Berhad akan menerima kenaikan gaji pada Julai ini. Serentak dengan itu, harga saham bagi syarikat mereka juga melambung sehari dua ini. Pagi tadi, terserempak dengan serombongan posmen keluar menjalankan tugas bagaikan serombongan ikan di lautan. Harap harap selepas ini, tiadalah kedengaran rungutan surat dijumpai merata tempat lagi. Jalankanlah tugas anda dengan semangat integriti yang tinggi.

Wednesday, April 7, 2010

57. Huru Hara

Isnin lepas, selepas minum pagi dan semasa nak naik lif untuk menyambung tugas, bekalan elektrik terputus. Nasib baik belum naik lif. Kemudian terbau macam benda hangit dan selang beberapa minit, ramai dari tingkat atas telah turun kebawah.
Rupa rupanya di tingkat sepuluh, ada berlaku kebakaran di suis utama berhampiran lif.

Nasib baik cuma kecil sahaja apinya, kalau tidak.....lega...dapat cuti free. He he

Sunday, April 4, 2010

56. Keperluan Aktiviti.

Menjadi satu "trend" sekarang, aktiviti luaran perlu dilaksanakan dalam mencapai unjuran prestasi sesuatu organisasi. Maka, semalam berlangsunglah aktiviti perlawanan bowling anjuran kelab cawangan Shah Alam di Summit , USJ.
Ramai juga penyertaan dan ada juga disokongi oleh ahli keluarga yang lain.

Dan ada juga bidang terjun yang menyertai dan syabas kepada pihak penganjur dan mungkin selepas ini, makin ramailah pengunjung yang akan melakukan aktiviti ini di hujung minggu atau masa kelepasan.

Saturday, April 3, 2010

55.Berdisiplin.

Semasa membuat lawatan ke sebuah kilang elektronik di Seksyen 15 Shah Alam aku terpegun dengan disiplin yang cukup tinggi yang telah ditunjukkan oleh mereka sewaktu minum petang.
Selepas mereka selesai minum, mereka mengangkat sendiri cawan dan pinggan untuk diletakkan di tempat basuhan. Alangkah bagusnya kalau semua premis menjual makanan di negara kita mengamalkan prinsip ini. Kemas dan bersih, berkemungkinan harga makanan yang dijual juga dapat dikurangkan.

Monday, March 29, 2010

54. Selamat Pengantin Baru, Cik Tam.


Tanggal 28 Mac 2009, En Tam mengadakan majlis menyambut isterinya di Taman Tasik Titiwangsa
Anakku Yaya, ditugaskan sebagai pengapit pengantin perempua, aku sebagai tukang makan dan ibu sebagai tukang tengok tengok. He he.

Pengapit pengantin sedang menunggu. Bosan agaknya, dicampur dengan terik mentari.

Akhirnya, pengantin tiba dan tugasan pun bermula.

53. Penghargaan


Penghargaan dan terima kasih aku tujukan kepada polis trafik ini yang sentiasa melicinkan perjalanan aku ke tempat kerja pada setiap hari. Tanpa pertolongan allah dan anda, kemungkinan kami semua tidak sempat sampai ke pejabat sebelum waktunya setiap hari.

Monday, March 1, 2010

52. Sebelum...

Sebelum ada orang menyedekahkan al fatihah ke blog aku ni....aku cuba tulis juga walau sedikit.
Kemalasan mengupdate blog adalah disebabkan line " Celcom broadband ni macam ada problem".
Hari ni pun, badan tidak begitu sihat, batuk dan selsema. Cuaca pun panas semacam saja. Petangnya pergi jumpa doktor ambil ubat, tapi MC tak dapat.