Ada waktunya kita tidak boleh memaafkan apa yang telah orang lain lakukan pada kita. Terutamanya apabila kita yakin bahawa jika di maafkan, perbuatan itu akan dilakukan sekali lagi. Cuma yang boleh diambil iktibar ialah cuba untuk tidak mendekati, bukan mencari permusuhan tetapi biar waktu yang mengajar apa erti keikhlasan dalam mencari silaturrahim.
Saturday, February 18, 2012
Sunday, February 12, 2012
JJOKIR MINDA: Alik Naik, Alik Jatuh, Alik Ulu Alik Ilir
JJOKIR MINDA: Alik Naik, Alik Jatuh, Alik Ulu Alik Ilir: Alik Naik, Alik Jatuh, Alik Ulu Alik Ilir Dipetik dari facebook. “ Saya sendiripun sebenarnya IC 03, tapi dibesarkan di Pahang. Sapa lo ni...
Monday, February 6, 2012
93. Cuti Lagi
Cuti panjang datang lagi. Sebelum balik ke Kelantan, singgah bermalam di Cameron Highland. Tempat dituju ialah Cameron Farm di Tanah Rata. Seronok melihat sayuran yang boleh di tanam di belakang rumah seperti parsli ini. Sejuk mata memandang.
Cameron dan bunga tidak dapat dipisahkan. Melayan anak dara bergambar dengan ratu hatinya iaitu bebunga.
Tidak lupa, strawberry yang di pelbagaikan di Pasar Malam Brinchang.
Pandangan ladang teh yang menghijau, tetapi harga jualan teh yang agak mahal. Katanya jika di tempat lain, mungkin teh tiruan. Wallahuallam. Bersama sang "geourgeos" Aliff yang semakin membesar.
Pandangan Tanah Rata yang disirami gerimis, menyejukkan. Selamat tinggal dan semoga jumpa lagi.
Monday, January 9, 2012
92, Antara Bumi dan Langit.
Semasa cuti panjang baru baru ini juga, kami sempat meluangkan masa ke Perpustakaan awam Jeli. Terlalu banyak perbezaan jika di bandingkan dengan Perpustakaan Tun Raja Uda, Shah Alam. Bangunannya sempurna, cuma tidak terjaga,nampak naif dan tidak terurus. Sepatutnya, bangunan khazanah ilmu ini dijaga dengan elok dan boleh menarik minat ramai untuk membaca.
Keadaan di dalamnya juga kosong, tidak berpengunjung. Sepatutnya penuh dengan kanak kanak di ruangan untuk kanak kanak ini. Sesuatu perlu dilakukan oleh pengurusan perpustakaan ini untuk menarik orang ramai mengunjunginya.
Saturday, January 7, 2012
91. Hari Bertuah
Semasa di kampung hujung Disember 2011 lepas, kebetulan adanya Hari JPJ di sana dan kesempatan di ambil bagi memperbaharui lesen memandu. Banyak program yang dianjurkan oleh mereka. Dan tidak semena sena kami mengambil bahagian dalam acara sukan rakyat yang di adakan.Dapat pula hadiah, itulah yang dikatakan rezeki yang kita tidak ketahui. Alhamdulillah.
Tuesday, December 20, 2011
90. Tiada Lain Tempat
Seperti kebiasaan sejak dua tahun tinggal di Bandaraya, pada hujung tahun adalah perancangan untuk membeli pakaian sebagai persediaan menyambut hari raya. Jadi, kami bergerak ke Sogo kerana ianya menjadi satu tempat membeli pakaian kanak kanak yang pembeliannya amat berbaloi jika dibandingkan dengan pusat beli belah yang lain.
Pengunjung juga tidak berapa ramai dan kesempatan ini digunakan dengan sebaik mungkin bagi memenuhi cita rasa pembelian biar sepadan dengan wang ringgit yang dikeluarkan.
Tuesday, December 13, 2011
89. Kutub khanah.
Masa zaman sekolah rendah dahulu, tahun 70an perpustakaan dikenali dengan nama kutub khanah. Entah bila ianya bertukar kepada perpustakaan, tidak pula terpahat dalam ingatan. Selang tiada berbuat apa apa sempena cuti umum lepas, kami ke Perpustakaan Tun Uda yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Bangunannya agak besar jika dibandingkan dengan perpustakaan lain.
Ruangan dan dekorasinya amat menenangkan sesuai dengan peranannya. Boleh masuk terus dalam akal fikiran takala menelaah.
Pertama kali aku jumpa dimana jika pengunjung ingin memasukinya terpaksa membuka kasut. Ada disediakan beg sebagai tempat menyimpan kasut.Kerusi yang disediakan juga pelbagai termasuk kerusi menyandar yang sungguh empuk dimana pembacaan boleh dilakukan secara santai. Jangan sampai tertidur sudah.
Sunday, December 11, 2011
88. Hidup Cergas dan Sihat.
Sejak kebelakangan ini, tuntutan kerja semakin membebankan. Bagi mengurangkan tekanan, sesekali dan sebolehnya sentiasa berterusan, aku meneruskan aktiviti yang telah sepuluh tahun ditinggalkan dengan bermain badminton. Jika dahulu, satu tong bulutangkis berharga kurang dari RM30, tetapi sekarang harganya sudah melonjak ke angka RM40++. Gambar di atas adalah dewan badminton di Rawang. Syabas, untuk aku sendiri kerana berjaya bermain dua permainan walau pun semput.
Monday, November 7, 2011
87. Latihan
Sempena musim penghujung persekolahan, Yaya memasuki pertandingan nasyid di sekolahnya. Dia sebagai pemimpin kumpulan nasyid menjadikan rumah kami sebagai gelanggang mereka berlatih. Sebagai dorongan, aku biarkan mereka semua datang untuk berlatih.
Yang lelaki juga tidak ketinggalan, lagu yang mereka bawa aku pun tak pernah dengar. Tolong tengok sahaja dan komen mana mana yang patut.
Saturday, November 5, 2011
Friday, November 4, 2011
85. Aidil Adha Yang Kesunyian.
Petang tadi, dalam perjalanan pulang dari pejabat, kenderaan berpusu pusu keluar dari Shah Alam. Mungkin semuanya mahu cepat sampai kerumah atau mahu pulang ke kampung. Pada tahun ini, kami beraya di Ampang sahaja dan yang pastinya, tak ke mana mana pun pada Idil Adha ini. Mungkinkah kesunyian bakal melanda. Wallah huallam. Bersama keluarga mungkin dapat meminimumkan kebosanan.
Thursday, November 3, 2011
84. Kemas rumah.
Program membersihkan rumah pada beberapa bulan yang lepas. Sebelum gambar ni ter"delete", ceritanya lebih kurang saja. Ianya dapat menjadi ibadah kepada mereka yang menyertainya. Buang yang keruh , ambil yang jernih.
Tuesday, November 1, 2011
Sukan pula.
Tahun tahun sebelum ini, sukan tahunan sekolah kebiasaannya diadakan pada awal tahun. Tetapi pada tahun ini, ianya diadakan pada akhir tahun. Bagi memberi sokongan moral kepada Yaya yang memasuki acara 4 x 200 meter, pagi pagi lagi aku berkunjung ke padang sekolah.
Sunday, October 30, 2011
82. Rugbi
Kecewa dengan pasukan bolasepak Kelantan yang gagal ke perlawanan akhir, Piala Malaysia 2011..pada petang 29 Oktober 2011, kami ke Politeknik Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Rugbi Piala Agong pertemuan antara Kelantan dan Pahang.
Keputusannya berpihak kepada Kelantan. Tahniah " Red Warrior Boys " dapat menumpaskan Pahang 32 berbalas 20.
Thursday, September 8, 2011
81. Hanya di Rantau Panjang.
Ais krim terbaru yang dijumpai di Pekan Rantau Panjang, Kelantan. Harganya cuma RM2, sedap juga pasal kurang manis. Tempat lain tiada lagi pernah dilihat.
Subscribe to:
Posts (Atom)