Thursday, April 8, 2010

58. Rezeki.

Diberitakan bahawa anggota Pos Malaysia Berhad akan menerima kenaikan gaji pada Julai ini. Serentak dengan itu, harga saham bagi syarikat mereka juga melambung sehari dua ini. Pagi tadi, terserempak dengan serombongan posmen keluar menjalankan tugas bagaikan serombongan ikan di lautan. Harap harap selepas ini, tiadalah kedengaran rungutan surat dijumpai merata tempat lagi. Jalankanlah tugas anda dengan semangat integriti yang tinggi.

Wednesday, April 7, 2010

57. Huru Hara

Isnin lepas, selepas minum pagi dan semasa nak naik lif untuk menyambung tugas, bekalan elektrik terputus. Nasib baik belum naik lif. Kemudian terbau macam benda hangit dan selang beberapa minit, ramai dari tingkat atas telah turun kebawah.
Rupa rupanya di tingkat sepuluh, ada berlaku kebakaran di suis utama berhampiran lif.

Nasib baik cuma kecil sahaja apinya, kalau tidak.....lega...dapat cuti free. He he

Sunday, April 4, 2010

56. Keperluan Aktiviti.

Menjadi satu "trend" sekarang, aktiviti luaran perlu dilaksanakan dalam mencapai unjuran prestasi sesuatu organisasi. Maka, semalam berlangsunglah aktiviti perlawanan bowling anjuran kelab cawangan Shah Alam di Summit , USJ.
Ramai juga penyertaan dan ada juga disokongi oleh ahli keluarga yang lain.

Dan ada juga bidang terjun yang menyertai dan syabas kepada pihak penganjur dan mungkin selepas ini, makin ramailah pengunjung yang akan melakukan aktiviti ini di hujung minggu atau masa kelepasan.

Saturday, April 3, 2010

55.Berdisiplin.

Semasa membuat lawatan ke sebuah kilang elektronik di Seksyen 15 Shah Alam aku terpegun dengan disiplin yang cukup tinggi yang telah ditunjukkan oleh mereka sewaktu minum petang.
Selepas mereka selesai minum, mereka mengangkat sendiri cawan dan pinggan untuk diletakkan di tempat basuhan. Alangkah bagusnya kalau semua premis menjual makanan di negara kita mengamalkan prinsip ini. Kemas dan bersih, berkemungkinan harga makanan yang dijual juga dapat dikurangkan.