Monday, March 30, 2009

30. Jatuh

Baru saja menerima berita, bahawa mak terjatuh semasa ingin menunaikan solat subuh semalam. Sememangnya, semasa di kampung baru ni pun aku dah merasakan bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas beliau. Tetapi, kita tidak dapat menolak takdir Allah.

Alhamdulillah, kakakku yang berada di Kok Lanas kebetulan datang pada hari tersebut dan membawa balik ke rumahnya. Lega rasa hati. Sebagai anak lelaki, aku rasa sungguh bersalah dalam hal ini. Apakan daya, jarak memisahkan kita.


Semoga Allah memelihara kedua duanya.

Tuesday, March 24, 2009

29. Seminggu di kampung.

Sempena cuti persekolahan baru lalu aku mengambil cuti selama seminggu pulang ke kampung. Perkara pertama yang dibuat di kampung ialah mencari penebang pokok untuk menebang pokok durian di belakang rumah kerana bimbang akan ketinggiannya akan menyebabkan ianya tumbang dan menimpa rumah.

Penebang pokok ini berasal dari Thailand dan sememangnya lima bintang patut diberikan kepada beliau kerana kerjanya yang begitu " super " dan sempurna sekali. Upahnya cuma RM30 ringgit saja.

Antara perkara yang tidak pernah dilepaskan semasa di kampung ialah menziarahi Pasar Besar Tanah Merah.

Tujuannya ialah untuk menikmati mee kuah yang rasanya sungguh sedap sekali....

Inilah rupa mee yang dipesan. Hirup kuahnya sampai licin sudah menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Di samping itu, menzarahi bandar Kota Bharu dan menginap di salah senuah hotel di sini. Gambar menunjukkan Yaya sedang menunggu kolam renang di buka.

Di sini, kolam di buka dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang untuk pengunjung wanita dan dari 3.00 petang hingga 7.00 malam untuk lelaki.

Pada paginya pula, sempat singgah di Dataran Ilmu, tempat di mana MB Kelantan mengadakan tazkirah pada setiap hari Jumaat. Tapi sayang, semasa kami sampai orang lain sudah pulang...cuma tinggal sedikit sahaja peniaga yang masih berjualan.

Tidak lupa juga, sempat singgah di Pantai Seri Tujuh, Tumpat bagi menemankan seorang rakan yang kebetulan ada hal di sana. Sempat juga singgah di chalet terapung yang ada di sana.

Pemandangan dari chalet terapung.

Hari terakhir di kampung, aku mengambil kesempatan untuk memetik daun misai kucing untuk diminum air nya. Mak kata ia berkhasiat bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Pada pertengahan jalan balik ke Manjung, berhenti rehat di Puncak Titiwangsa di Lebuhraya Timur Barat.

Pemandangan dari puncak Titiwangsa, sungguh tenang dan damai. Menyejukkan mata memandang.

Akhir sekali, singgah di Pusat Rekreasi Guar, Manong bagi menghilangkan kepanasan.
Semoga lain kali dapat lagi menjengah orang tua di kampung, selagi mampu dan berpeluang. Cuma ini saja yang dapat dicurahkan bakti kepada mereka, kekangan pekerjaan menjadi halangan untuk bersama mereka setiap masa. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka setiap masa. Insya Allah.

Friday, March 13, 2009

28. Nasihat

Bersempena dengan keputusan peperiksaan SPM semalam, aku menerima panggilan dari rakan di mana anak beliau cuma mendapat 2A sahaja berkenaan hala tuju yang sepatutnya anak beliau perlu ambil bagi meneruskan pencarian ilmu. Aku menasihati agar beliau teruskan pembelajaran ke tingkatan enam sahaja dan memilih aliran sains sosial. Alasannya ialah peluang bagi lepasan pelajar di tingkatan enam untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA adalah lebih besar peratusannya jika seseorang pelajar mendapat sekurang kurang Prinsipal B dalam peperiksaan STPM. Tambahan pula saingan mereka tidak sengit kerana kebanyakan pelajar cemerlang di peringkat SPM tidak mengambil peperiksaan STPM.

Disamping itu juga daripada pengalaman aku, para pelajar yang berakademik sederhana ini cuma bermula dengan mengambil Diploma sahaja dan selepas itu ada yang ingin terus bekerja, dan ini menyebabkan mereka terlambat untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah pertama.


Monday, March 9, 2009

27. Mewah.

Yaya : Bah, malam ni kita makan kat luar nak?
Babah : Tanya Ibu dulu, kut kut Ibu dah masak.
Yaya : Ibu kata ok, makan kat luar.
Babah : Nak makan kat mana? Kita gi " Chef Noodle " nak tak?
Yaya : Tak naklah....situ tak mewah.
Babah : Hah..mewah? Habis tu kat mana mewah?
Yaya : KFC ke Mc Donald ke...
Babah : Kenapa kat situ mewah?
Yaya : Ada lampu banyak, air cond lagi.
Babah : Kat situ lagi tak mewah, pasal dia sekutu Israel.
Yaya : OK bah, tak payah gi situ, kita gi Chef Noodle sajalah.

Moral of the story, jangan cuba memewahkan anak anak dengan barangan Yahudi nih. Mereka mudah terjerat. Tanamkan sikap memboikot ni sedari kecil, nanti bila besar mereka akan faham.

Sunday, March 8, 2009

26. Teringat


Saat dan tika ini

teringat pada mok dan cek
di kampung
rindu pada pulut pagi
pada gulai kawah
pada orang kampung datang menjemput
makan gulai sempena maulidur rasul
Allah.....
kembalikan ingatanku kepada semua perkara di atas
nun jauh melampaui sempadan
Kelantan Darul Naim

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Friday, March 6, 2009

25. Penyu

Dalam perjalanan pulang dari Pantai Remis, aku singgah sebentar ke Pantai Pasir Panjang. Berhenti untuk menghilangkan penat selepas seharian bertugas rasmi ke sana.

Di tepian pantai ini, terdapat Baitul Hilal, dimana apabila ketibaan bulan Ramadhan dan nak menyambut Hari Raya Aidil Fitri menjelma....di sinilah tempat ahli falak menengok anak bulan.

Manakala, di sebelah Baitul Hilal ada pusat pengurusan penyu dan dari perbualan dengan petugas di sana, beliau memaklumkan di pantai inilah pusat penyu mendarat untuk bertelur.

Anak anak penyu yang telah menetas di pelihara sebelum di lepaskan ke laut.


Ibu penyu juga di pelihara di sini iaitu dari spesies penyu agar. Kasihan dia kerana terpaksa meninggalkan habitatnya di laut lepas.

Yang ini pula, tersandar di tepi kolam. Sedih agaknya.

Manakala yang ini paling cergas. Menurut petugas di situ, penyu ini memang aktif kerana selalu di bawa keluar dari pusat itu untuk sebarang pertunjukan...he he..macam artis. Patutlah aktif.

Thursday, March 5, 2009

24. Khidmat Pelanggan.

Pengalaman berurusan dengan Toyota semasa menghantar kereta untuk di servis amat " superb " sekali berbanding dengan jenama P**t*n. Siap ada kafe untuk pelanggan agar mereka dapat tutup waktu yang di ambil untuk menunggu kereta siap di servis.

Manakala semasa kenderaan di servis, pelanggan dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana kenderaan kita di ceroboh oleh para mekanik. Telus sekali perkhidmatan mereka.

Pabila penat menunggu, boleh juga lepak lepak sambil menonton siaran tv Astro dan terdapat juga kemudahan internet yang di sediakan. Berbaloi walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang cuma sedikit lebih. Alhamdulillah.

Monday, March 2, 2009

23. Tertukar.

Hari ini aku sepatutnya memakai baju putih ke pejabat kerana aku bertugas sebagai PO di Mahkamah Majistret Seri Manjung. Tetapi aku tertukar memakai baju oren dan kejadian ini hanya di sedari jam 9.30 a.m. Opps, sudah lewat. Dahla kes yang bakal disebut belum di teliti lagi. Haru.

Bergegas aku menelefon petugas di mahkamah memaklumkan kelewatan aku. Balik rumah terus tukar baju dan memandu dengan selaju lajunya ke mahkamah. Pabila sampai, berpeluh peluh di panggil Tuan Majistret ke kamarnya. Kelam kabut cari OKS, buka fail terus di baca pertuduhan. OKS mengaku salah..lega. Dan dengan syukurnya memohon kemaafan kepada Tuan Majistret. Nasib baik, tuan ok dan siap senyum lagi. Usai sebutan kes, minum di kantin mahkamah. Alhamdulillah.