Thursday, January 29, 2009

16. Perjalanan ke Shah Alam

Tanggal 25 Jan 2009, aku sekeluarga berangkat ke Shah Alam bagi menghadiri kemduri perkahwinan anak saudaraku di Shah Alam. Kami bertolak lewat sedikit kerana Yaya terpaksa menghadiri kelas Bahasa Inggeris terlebih dahulu pada paginya. Aku menggunakan laluan Manjung - Teluk Intan - Sabak Bernam - Kuala Selangor - Shah Alam. Jimat dari bayar tol...

Hujan di Sungai Besar.

Sepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebatnya dan ini meyebabkan kelajuan kereta terpaksa di perlahankan mengikut had laju yang telah ditetapkan.


Sampai di Sekichan, singgah untuk solat dan makan dari bekal yang telah disediakan oleh Ibu. Licin....sedap masakan Ibu, kata Yaya walaupun lauknya ringkas iaitu ayam masak kicap.

Sempat main air semasa di Sekichan.


Apabila sampai di Pantai Remis, Jeram...Ibu minta rehat sekali lagi, katanya ingin menikmati kerang bakar di tepi pantai. Yaya mengambil kesempatan bermain sekali lagi....



Suasana di Pantai Remis, awan mendung..

Kerang bakar...best terutama pencicahnya, pedas.

Tiba di Shah Alam dalam pukul 5.00 petang....rehat untuk program besoknya. Zzzzz...

Thursday, January 22, 2009

15. Riadhah Petang 3.


Semalam, beriadhah lagi ke Bukit Ungku Busu. Memandangkan semua geng lain sibuk, aku berseorangan saja meredah bukit tersebut jam 5.30 petang. Di kaki bukit, dua orang pelajar berketurunan C**a menegur aku bertanya samada aku akan naik bukit atau tidak dan mereka berhasrat untuk mengekori aku dan menyatakan tujuan mereka adalah untuk mencari semut gergasi di hutan tersebut. Mereka adalah pelajar tingkatan enam dan cikgu menugaskan mereka untuk mencari semut tersebut bagi tujuan penyelidikan pelajaran Biologi. Aku bersetuju tambahan pula aku hanya keseorangan pada petang semalam.


Dalam pertengahan perjalanan mereka memaklumkan belum lagi menemui semut tersebut dan memberitahu aku bahawa semut tersebut ada di puncak bukit. Setelah hampir ke puncak, barulah mereka bertemu semut tersebut dan patutlah semut tersebut di panggil semut gergasi kerana saiznya adalah sepuluh kali ganda dengan kerengga.


Setelah itu, mereka terus memberitahu aku untuk terus turun kerana ada kawan mereka sedang menunggu di kaki bukit. Alahai....apa lah kau orang ni, bila dah dapat apa yamg kau orang nak, terus nak tinggalkan aku sorang sorang kat atas bukit ni...Kurang ajar betul ya budak budak sekarang. Tadi asalnya nak mengekori aku, sekarang aku pula terpaksa mengekori engkau...Tak patut betul.

Monday, January 19, 2009

14. Macamana nak mula boikot barangan Yahudi ni?

Terfikir juga untuk mula memboikot daripada membeli barangan keluaran Yahudi dan sekutunya. Fokus aku yang paling utama ialah rokok seperti yang jenama yang aku hisap ( Salem ) yang sahih dan nyata keluaran Yahudi laknatullah. Masya Allah...rupa rupanya selama ini aku melabur dalam syarikat mereka untuk membenamkan bumi Palestine.

Hakikatnya, memang susah untuk aku yang sudah sebati dengan rokok sejak dari 1984 lagi. Tetapi demi Palestine aku nekad untuk menghentikannya. Ya Allah, berikanlan aku kekuatan untuk menolong umat sesama Islam. Permudahkanlah urusanku Ya Allah. Dan anak aku sendiri pun pernah mempersendakan aku kerana menghisap rokok ini kerana dia menyamakan rokok ini dengan dadah. Perkara ini berlaku bilamana adanya iklan tentang dadah, Yaya selalu bertanyakan aku apakah itu dadah? Dan aku terperangkap dengan mengatakan bahawa daadah itu seperti rokok dan terus dia menuding jari ke arah aku kerana menghisap rokok yang sama seperti dadah.
Masalahnya sekarang, dapatkah aku menghentikannya? Aku di kira sebagai perokok tegar kerana bangun sahaja dari tidur, aku amalkan meminum air suam dahulu dan selepas itu terus merokok. Tapi apa apa pun akan aku cuba dan yang penting ialah iman di dada....tepuk dada tanya iman.

Friday, January 16, 2009

13. Cerita Pasal Israel.

KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI
Ditulis oleh PUTRA
Khamis, 11 September 2008


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam.

Saturday, January 10, 2009

12. Riadhah Petang 2

Pemandangan Bandar Sitiawan dari Taman Bukit Maju

Disamping itu juga, ada satu lagi bukit yang dijadikan tempat untuk beriadhah di kawasan Lumut iaitu Taman Bukit Maju. Terdapat jalan mendaki bukit sepanjang lebih kurang 1km dari jalan bawah menuju ke Bukit Maju. Ramai warga Lumut memenuhi masa petang dengan berjogging di kawasan ini terutamanya warga emas. Di samping beriadhah kita juga dapat menyegarkan pandangan mata dengan pemandangan yang cukup menenangkan dari atas Bukit Maju ini.

Wednesday, January 7, 2009

11. Riadhah Petang.

Bagi memenuhi masa petang selepas balik dari pejabat, aku beriadhah bersama kawan kawan seramai 4 orang dengan menjalankan aktiviti merentas hutan Bukit Engku Busu yang terletak berhampiran Balai Polis Lumut. Kami menetapkan aktiviti ini di jalankan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. Bermula pada 5.1.2009 kami memulakan aktiviti ini dari jam 5.30 petang. Trek untuk mendaki telah sedia ada dan ini memudahkan kami untuk meredah bukit tersebut. Bukit ini berada di ketinggian 300m dari paras laut. Tempoh masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak ialah lebih kurang setengah jam. Flora dan fauna di sepanjang perjalanan adalah sungguh menarik sekali kerana bukit ini adalah hutan simpan. Tetapi pada hari pertama kami tidak sampai ke puncak kerana apabila tiba di separuh perjalanan, kami sudah pancit dan peluh membuak buak keluar. Kami bertekad untuk memulakan pendakian pada esok hari.
Sejarah Bukit Engku Busu

Trek laluan....

Kawasan parking

Pemandangan dari bawah...

Monday, January 5, 2009

10. Lembaran Baru 2009.

Hari pertama memasuki pejabat dalam tahun 2009 setelah bercuti panjang dari awal tahun. Kepala terasa berat memikirkan KPI yang semakin sukar yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan untuk dicapai pada tahun ini, sementelahan lagi dengan faktor usia yang semakin meningkat dan pergolakan ekonomi global yang semakin meruncing menyebabkan aku merasa sedikit kegusaran dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam dunia pekerjaan. Mohon supaya Allah s.w.t menunjukkan jalan penyelasaian yang mudah untuk aku terus menabur bakti kepada organisasiku.

Sunday, January 4, 2009

9. Kaki sakit.

Kelmarin, kaki Yaya berdarah akibat jatuh selepas bermain berkejaran dengan kawan kawannya. Pada malamnya, beliau begitu risau memikirkan bagaimanakah untuk memakai kasut apabila sekolah mula dibuka...Tertanya tanya dalam kepala aku samada ini adalah alasan pertama untuk tidak ke sekolah atau pun kebimbangan yang bersarang di hatinya?. Aku pun membalut luka itu dan menyuruh beliau rehat..Alhamdilillah, umpanku berjaya. Mohon dengan Allah agar urusan pada hari pertama persekolahan berjalan lancar.

Friday, January 2, 2009

8. Tanah Lot Untuk Di Jual

Tanah lot untuk dijual. Lokasinya di Juru, Pulau Pinang...luas tanah 40 x 70 kaki persegi....harganya RM40,000. Lokasi strategik bagi mereka yang bekerja di Seberang Jaya. Berhampiran pula dengan jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dengan Pulau Pinang. Rumah telah siap di duduki berjiran dengan lot ini. Berminat...sila email.

7. Tabung Haji

Pagi...pergi ke Lembaga Tabung Haji untuk mengemaskinikan buku buku akaun Yaya dan Ibu . Hasilnya, pihak Tabung Haji tidak membenarkan orang lain untuk mengemaskinikan buku akaun bagi pihak ketiga. Rasa kurang senang dengan peraturan tersebut. Wajarkah pihak ketiga hadir bagi tujuan tersebut? Inilah akibatnya apabila Lembaga Tabung Haji memperkenalkan kaedah pengeluaran wang di mesin ATM melalui MEPS di Bank Rakyat, di mana setengah pihak dipermudahkan urusan dan setengah pihak lagi menghadapi kesukaran berurusan.