Tuesday, December 30, 2008

6.Majlis khatam al quran







Isnin, 29 Disember 2008...Pusat Bimbingan Al Quran Nur Kasih mengadakan majlis khatam al quran bagi anak murid yang telah berjaya menamatkan bacaan al quran. Sebagai salah seorang anak murid yang belajar di pusat itu, Yaya telah bersiap siap untuk menghadiri majlis tersebut. Dan seperti biasa, masalah besar yang paling utama ialah memakai tudung. Jenuh juga Ibu memlih tudung yang sesuai dengan bajunya. Akhirnya, berjumpalah dengan tudung yang bewarna pink itu dan terus dipakainya. Ketika majlis berlangsung, tudungnya telah tertanggal akibat daripada " tidak duduk diam " , ke sana ke mari. Sessi tangisan nyaring mula menjelma dan akhirnya tudung berjaya di betulkan di luar dewan, alhamdulillah. Pastinya ucapan terima kasih perlu diucapkan kepada Pusat Bimbingan Al Quran Nur Kasih dengan hidangan makan tengahari dan bunga telur yang cukup " mewah " yang diberikan kepada tetamu.

Monday, December 29, 2008

5.Tepian pantai Lumut

Pantai Lumut
Bangunan usang yang menjadi lokasi fotografi.

Sebelum senja menjelang, berjalan jalan di tepian pantai Lumut. Tanpa disangka sangka, di dalam bangunan usang ada sessi fotografi sepasang pengantin baru sedang berlangsung. Begitulah kehidupan hari ini. Jika di lihat dari luar, tidak tergamak rasanya untuk memasuki bangunan tersebut. Tetapi, hakikatnya ada juga insan yang sudi mengabadikan gambar hari bersejarah mereka di situ. Mungkin ada kesenian bagi jurufoto tersebut. Entahlah...terlalu abstrak.

Sunday, December 28, 2008

4. Ketupat pulut dan ketupat nasi.

Ketupat nasi
Ketupat pulut
Bagi orang Pantai Timur kedua duanya di panggil ketupat. Satunya di isi kelongsongnya dengan beras pulut manakala satu lagi diisi dengan beras jemah. Bentuknya berbeza dimana yang di isi dengan pulut berbentuk tiga segi dan yang di isi dengan beras berbentuk empat segi ( walaupun boleh juga dibuat bentuk tiga segi ). Kedua duanya dimulakan untuk membuatnya dengan membuat kelongsong terlebih dahulu kemudian baru di isi. Satunya digaul dengan santan dan dikukus dan satu lagi terus direbus.


Begitu juga dengan manusia, kelongsong adalah jiwa. Jiwa perlu di isi terlebih dahulu sebelum dapat digunakan. Oleh itu, isilah jiwa dengan rohani yang baik, teguh dan ketat bagi menghadapi perjalanan hidup seterusnya. Dengan pengisian yang betul, perjalanan akan lurus dan tidak lari dari fitrah kehidupan iaitu mencari kebenaran yang telah ditetapkan oleh Ilahi.

Saturday, December 27, 2008

3. Hari Lahir Nur Jannah Fathiyya yang ketujuh.


Yaya di samping juadah...periuk kuah mee kari pun ada.

Tanggal 22 Disember 2008, genaplah tujuh tahun Yaya lahir ke dunia ini. Sambutan majlis hari lahir di adakan di sebelah petang dengan di hadiri oleh rakan rakan dan jiran jiran. Antara juadah yang disediakan oleh Ibu ialah mee kari, karipap , jeli kelapa dan air oren. Pada sebelah malam pula, Babah menjemput rakan rakan sepejabat untuk hadir menikmati juadah yang disediakan. Yaya menerima banyak duit sempena hari lahirnya dan duit itu digunakan untuk membeli sepasang anting anting yang diidamkan selama ini. Semoga Allah panjangkan umur Yaya dan dimurahkan rezeki dan diberikan kesenangan dalam menjalani kehidupan di dunia dan juga di akhirat.



Thursday, December 25, 2008

2.Kenapa Gadis Lari Dari Rumah.


Adakah kerana cinta gadis melarikan diri dari rumah? Tergamak melukakan hati ibu bapa dengan mengikut kekasih dan meninggalkan keluarga tersayang. Adakah kerana didikan mereka sanggup melakukan perkara begitu. Sebenarnya kebanyakan kes berlaku akibat tiada perhatian dari ibu bapa. Sebagai remaja yang sedang membesar, ibu bapa perlu menjadikan anak anak remaja sebagai kawan. Dengarlah luahan isi hati mereka dan belailah mereka dengan penuh kasih sayang. Fokuskan kehidupan mereka untuk perkara masa hadapan dan jangan biarkan mereka terpengaruh dengan perkara kebendaan.

Wednesday, December 24, 2008

1.Jalan


Allah telah menyuruh manusia menuju ke jalan yang lurus. Sebagai hamba kita perlulah sentiasa kembali ke jalan yang lurus apabila merasakan diri kita berada di jalan yang bengkokdan berliku liku.